Tuesday 17 May 2016

APA ITU INNITY?

Apa itu Innity? Apa itu Iklan Innity?

Innity adalah syarikat pengiklanan dan pemasaran internet sejak tahun 1999. Innity adalah syarikat pengiklanan yang meluaskan pasarannya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Malah negara China juga turut terlibat bersama pengiklanan INNITY.


APA ITU INNITY?

Syarikat Innity adalah lebih kurang sama seperti syarikat pengiklanan nuffnang Namun begitu, syarat untuk memilih blogger menyertai pengiklanan yang disediakan oleh pihak Innity agak ketat berbanding Nuffnang. Namun, sudah tentu bayarannya adalah lebih mahal berbanding bayaran yang diberikan oleh syarikat Nuffnang.

Kebanyakan ramai blogger profesional dan pemilik portal berita memilih iklan Innity untuk diletakkan pada blog atau web mereka bagi menjana pendapatan secara berterusan.
Dalam Innity, terdapat 2 kategori atau bahagian iaitu:
1.Advertiser – Pengiklan yang membayar kepada syarikat Innity untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka. Antara syarikat-syarikat besar di Malaysia yang pernah mengiklankan produk mereka adalah BATA, INTEL, UMOBILE, CIMBBANK, NIKE, MAXIS dan NESTLE.
Apa itu Innity Pengiklan?
2.Publisher – Blogger atau Pemilik Laman Web yang menerima bayaran tertentu daripada pihak Innity kerana meletakkan atau mempromosikan iklan Innity mereka pada blog atau web masing-masing.
Jadi kalau nak buat duit dengan Innity, kena daftar sebagai Publisher.
Apa itu Innity Blogger atau Publisher

Bagaimana Blogger Boleh Menjana Pendapatan Melalui Iklan Innity?

1. Anda perlu mempunyai sebuah blog atau laman web dengan trafik blog yang tinggi. Mengikut Site Requirement yang diperlukan.
2. Setelah berjaya lulus menyertai Innity, Anda perlu meletakkan iklan-iklan Innity pada mana-mana bahagian di blog anda. Anda akan dibayar mengikut jumlah kos per klik iklan (CPC), jumlah kos iklan per 1000 impression (CPM) dan sebagainya.
3. Anda akan diberikan bayaran hasil daripada jumlah Iklan Innity yang diklik atau dilihat oleh pelawat blog anda.
Ramai juga blogger yang berjaya menjana pendapatan RM2K-RM5K sebulan melalui pengiklanan Innity.
Sesiapa nak cuba apply innity.com.
Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment